21 March 2011

air mata mengalir lagi...





Janganlah bersedih wahai jiwa,
sekiranya engkau beriman kepada ALLAH S.W.T,
percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya,
ada hikmah yang tersembunyi


Janganlah bersedih wahai jiwa yang tenang,
kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai syaitan


Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara,
kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar
rintihan hamba-hambanya








Adakah hari-hari kita harus dilalui bersama perasaan sedih berpanjangan? Apakah takdir ini terbeban ke atas kita sepanjang masa?

Saya yakin, setiap insan di dunia ini pasti pernah merasainya. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup, sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya.

Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.

Ketika saat itu juga, hati kita menjadi rawan berpanjangan, emosi meruntun hiba, sedih bersangatan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Air yang dihirup tidak lagi dirasa lazat, tetapi umpama duri-duri yang bercerucuk di kerongkong. Diri lantas dipersalahkan, bahkan rasa sesal menjadi manusia bermain-main di kotak minda.








Sedangkan Allah SWT telah berfirman:


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Al-Ankabut: 2-3)







Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku).
Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya).
Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.
(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu,
atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu,
atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW)
atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”




Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi.

Janganlah bersedih wahai jiwa yang tenang,
kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan.
Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara,
kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar
rintihan hamba-hambanya.







Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu,
yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya.
Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita.









Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...