17 March 2011

impian vs angan-angan











usai solat berjamaah... aku menyediakan hidangan buat keluargaku.. aku hidang je... lauk-lauk tu mak dan kakakku yang masak.. kadang-kadang aku masak juga.. masak cincai je.. apa yang ada aku letak dalam kuali.. sedap atau tidak.. tu letak tepi.. hehe.. nanti adalah orang yang suka ngomek masakan aku kalau tidak sedap.. siapa lagi kalau bukan kakak aku yang banyak mengajar aku erti memasak.. ajar?? suruh kot =) ...


kehidupanku ini bukanlah susah sangat.. aku rasa keluargaku boleh dikatogerikan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana.. makan pakai semua cukup.. kalau nak melaram tu x dah lah.. tempat tinggal pun selesa.. aku punyai bilikku yang tersendiri.. walaupun berkongsi dengan kakakku yang lain.. jika kakakku tiada.. akulah yang berkuasa di dalam bilik tu... hidupku juga penuh dengan kasih sayang, didikan yang baik, aku juga dapat belajar agama pada waktu petang.. keluargaku punyai tanah yang subur.. tanaman pelbagai.. boleh dikatakan aku ni anak petani, peladang atau pekebun... =)

selepas makan malam bersama keluargaku, aku menonton tv... ayahku membaca surat khabar atau buku-buku agama. ibuku berehat bersamaku menonton tv.. biasalah.. anak manja.. bila lagi nak baring atas paha mak yang tersayang ni.. sampai lenguh kaki mak aku buat tak tahu je.. lepas tu aku urutlah.. nak amik hati kan... =) kakak pula buat kerjanya sendiri... sudah naik ke bilik.. katanya nak tidur awal.. untuk awet muda.. memang betul pun.. kakak aku tu memang nampak cantik juga daripada yang lain.. uhuk uhuk... aku ni comel je =) lagipun tidur awal merupakan sunnah nabi kita... nanti bila satu pertiga malam boleh buat qiamullail... kan..

pasti ada yang tertanya-tanya.. aku ni ada abang atau adik lelaki ke?? ada.. empat orang.. semuanya abang.. adik tiada.. sebab aku anak bongsu.. anak last lah katakan..











Sambil berehat menonton tv... Antara habit aku ini ialah suka fikir tentang apa yang aku tengok dalam tv tu... Aku suka tengok kisah kejayaan dalam kehidupan... Suka tengok cerita motivasi... Suka tengok rancangan memasak... Banyak lagi lah.. Semua aku tengok..

Apa yang difikirkan ialah aku meletakkan diriku dalam tempat yang aku tengok tu.. Aku menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya atau perniagaan... Menjadi seorang pakar motivasi... Jemputan dalam rancangan masakan... Hehe.. Bestkan... Apa yang aku fikir tu korang rasa impian atau angan-angan???

impian adalah suatu matlamat yang dilakukan bersama tindakan atau usaha untuk mencapainya.. Angan-angan pula ialah suatu matlamat, namun tidak dilakukan bersama usaha dan tindakan..

Jika kita bermatlamat.. Tetapi hanya goyang kaki menunggu sahaja apa yang datang dan seringkali berkata " biarlah masa yang menentukan " pastinya matlamat kita takkan tercapai.. Ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja selagimana kita tidak berusaha..... Namun, bila sesuatu yang kita usaha bersungguh-sungguh dan dapat hasilnya.. Itulah yang dikatakan impian menjadi kenyataan..

semua perkara tidak mustahil.. Kita pasti akan dapat capai apa yang kita impikan selama ini..

USAHA USAHA USAHA USAHA
U S A H A
.........
sambil fikir sambil tonton tv... Akhirnya aku terlelap diatas ribaan emakku yang tersayang..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...