16 March 2011

kehidupan...





Hari itu hujan gerimis turun pada waktu petang..Kedengaran suara kanak-kanak yang bermain di bahu jalan raya seakan gembira dengan kedatangan hujan itu.. Ibu mereka dari jauh sudah terdengar suaranya seperti memanggil anak mereka pulang ke rumah.. Kanak-kanak.. Bukan tahu apa erti kesakitan.. Apa yang mereka mahu hanyalah keseronokan.. Dan hujan yang turun juga dianggap satu permainan... Padahnya jika badan tidak tahan akan demam pada keesokan harinya...

Hatiku juga seperti keadaan hujan tersebut.. Merintih didalam hati.. Menangis didalam hati... Adakah aku kecewa dengan apa yang berlaku??? Tidak !! Segalanya telah tersurat... Adakah aku menyesal??? Tidak !! Segalanya telah tersirat... Namun, mengapa hati ini sukar untuk menerima keadaan yang sedang dialaminya.. Apakah dunia ini kejam sehingga tidak mengambil kira perasaanku ini?? Hei, kita x boleh cakap macam tu lah.. Apakah semua ini adalah dugaan yang akan dihadapi oleh setiap hambanya..

Ya.... Inilah yang sedang aku akui.. Aku sedang diuji...

Hujan semakin lebat.. Matahari semakin menenggelamkan dirinya.. Siang semakin pudar.. Malam seakan menjemput bulan... Hatiku terus merasa hiba... Ini semua bukan kehendakku.. Dan aku pasti semua orang didunia ini tidak menginginkan perkara yang sama berlaku pada diri mereka.. Aku pernah bertanya pada diriku.. Apakah tindakan yang perlu aku buat untuk keluar dari kemelut ini..

Apa yang menghairankanku ialah semua orang disekelilingku seperti menadah tangan dengan kehidupan mereka itu.. Ya.. Aku juga tahu mereka sudah tidak lama.. Namun, dimanakah anak-anak mereka yang telah bekerja di bandar.. Sudah berjaya dalam kerjaya.. Mengapa ibu bapa dibiarkan tanpa ambil tahu langsung keadaan mereka.. Adakah mereka sihat? Sudah makankah atau hanya meneguk air dari air yang ditadah sahaja...

Pertanyaan yang sama juga pernah aku bertanya kepada orang tuaku ketika aku membantu memotong rumput di kebun.. Mak, kenapa kita bersusah payah di kampung ni, kita tinggal dibandar mesti dapat hidup dengan selesa.. Kan mak??

Emakku berkata : sayang, hidup ini adalah satu perjalanan yang jauh.. Kampung atau bandar sama sahaja.. Cuma apa yang perlu kita ingat adalah, adakah kita berusaha dan bersyukur dengan apa yang kita ada.. Dan pasti allah akan menambah rezeki bagi orang yang berusaha dan bersyukur dengan apa yang telah dikerjakannya..

Err.. Aku termangu-mangu dengan kata-kata ibuku.. Usiaku pada tahun akan datang 13 tahun.. Pastinya aku belum mengerti apa yang diucapkan oleh emakku... Kataku lagi : alah... Orang penatlah mak.. Hari cuti je kena pergi kebun.. Cuti je kena potong rumput ni... Bila orang nak main ngan kawan-kawan.. Kawan-kawan semua ada basikal lagi.. Pergi sekolah naik basikal.. Orang naik bas.. Tak seronok lah mak.. Kawan-kawan mana ada naik bas dah.. Rungutku yang berbaring diatas daun-daun rumput yang telah aku kumpul sambil merenung jauh keatas langit...

Emak menjawab : kita tanam sayur dan jual pada orang kampung.. Bukankah kita menolong mereka.. Kita beri sumber makanan pada orang lain.. Apa yang kita lakukan ini pasti akan menyeronokkan orang lain.. Kalau nak basikal... Kena usaha lah sendiri.. Tanam sayur yang pelbagai lagi.. Jual.. Duit tu nanti boleh beli basikal idaman tu.. Kalau hanya impian, tidak ada usaha sendiri.. Segalanya tidak akan berjaya dan berhasil...

Aduh.. Kepalaku terhantuk pada kayu katil.. Ya.. Usaha.. Aku kena usaha untuk dapatkan apa yang aku idamkan...

Hujan semakin reda.. Sayup-sayup kedengaran azan maghrib dialunkan oleh bilal surau kampungku.. Aku bersegera menambil wuduk dan solat berjamaah bersama keluargaku...








=)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...