18 March 2011

kita mesti terus berusaha...







Pagi datang lagi... mentari sudah mula memulakan tanggungjawabnya untuk memberi manfaat kepada semua makhluk ALLAH… memberi sinar cahaya kepada manusia yang memerlukannya untuk memulakan pekerjaan melaksanakan amanah ALLAH.. memberi zat dan vitamin kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan…

Dan pastinya setiap pagi kita sebagai manusia akan sentiasa memperbaharui matlamat, impian dan tujuan hidup kita ini… selagimana ia tidak melebihi tuntutan ALLAH ke atas hamba-hambanya…

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang ALLAH telah ciptakan.. namun manusia juga mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing… adakalanya kelemahan dan kekurangan itu ialah satu kelebihan pada seseorang itu.. walaubagaimanapun kita mesti sentiasa bersyukur atas apa yang telah dikurniakanNYA..

Kita sering mendengar ayat yang diungkapkan seperti : hidup ini ibarat seperti roda, adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah… ya.. memang betul… itulah yang dikatakan hidup ini adalah perjuangan.. adakah kita perjuangkan untuk berada di atas?? Dan yang paling baiknya ialah sejauh mana kita dapat berjuang walaupun berada di bawah…

Apa yang kita faham maksud “ atas ” dan “ bawah ”… pada saya ialah kita berada pada aras selesa dan ketika diuji…

Begitu juga dengan emosi dan perasaan kita dan juga matlamat serta impian yang kita telah tetapkan.. kadang-kadang emosi dan perasaan kita ini seronok sangat, dan adakalanya kita berasa sangat sedih dan berasa putus asa…

Dan dengan itu juga matlamat kita.. adakalanya kita rasa sangat bersemangat untuk mencapai matlamat kita.. tapi ada masa yang kita rasa matlamat dan impian kita itu terlalu jauh dengan diri kita dan kita akan rasa amat letih, penat, putus asa dan lemah…

Setelah kita menetapkan matlamat dan impian kita.. macam mana kita nak sentiasa mengekalkan “ mood ” untuk Berjaya..

Tentunya kita perlu mendekatkan diri kita pada ALLAH.. kerana hati dan akal fikiran kita adalah milik ALLAH.. oleh itu sentiasalah memohon supaya iman kita, matlamat kita, impian kita sentiasa teguh dalam diri dan pasti kita dapat menggapainya.. INSYA ALLAH…

Bila kita sentiasa mengingat ALLAH.. kita akan rasa seperti dekat sangat dengan kita.. namun bila mana kita lupakan ALLAH.. Ia akan pergi jauh lagi dan semakin jauh.. semuanya bermula dari diri kita…

B E R T I N D A K S E B E L U M M E N Y E S A L

Ingat apa yang telah saya tuliskan sebelum ini… kita kena berusaha, berusaha dan terus berusaha….

Kita hanya merancang… ALLAH yang tentukan…

Antara doa :

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (QS. Ali Imran: 7)


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)






1 comment:

Anonymous said...

bersabarlah atas semuanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...